Siwon Super Junior Kagum dengan Malaysia

Baru-baru ini peminat dunia K-Pop di Malaysia hangat memperkatakan tentang kedatangan salah seorang ahli kumpulan Super Junior, Siwon Choi ke ibu negara adalah untuk menjalani penggambaran rancangan ‘game show’ yang menjadi fenomena, Running Man.
Namun spekulasi tersebut terjawab apabila jejaka berusia 26 tahun itu mengajak peminat melalui akun Twitternya, untuk melihat dia mengadakan penggambaran iklan komersial aplikasi ‘LINE’ di Taman Tasik Ampang Hilir, Ampang.
Penggambaran tersebut dijalankan sekitar hujung bulan Mac dan terbaru, Siwon kembali ke tanah air pada Jumaat lepas untuk sesi temuramah bersama wartawan sekaligus melancarkan iklan komersial tersebut. 
Berkongsi tentang pengalamannya sepanjang berada di Kuala Lumpur, kata Siwon dia kagum dengan kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia.
“Setiap kali datang ke Malaysia, saya kagum melihat pelbagai kaum yang ada di sini. Dan saya dapat rasakan kehangatannya," katanya.
Siwon turut berkongsi dia terharu dengan sokongan peminat dan seronok dapat berjumpa mereka ketika sesi penggambaran dijalankan.
“Ketika penggambaran di (Tasik Ampang) yang lalu, saya sangat seronok. Walaupun sebenarnya saya penat kerana sehari sebelum itu saya baru selesai konsert Super Show 5 (SS5) di Seoul, Korea dan terus terbang ke sini. Tetapi apabila saya melihat ramai peminat menanti saya di sana, saya terus jadi bersemangat. Saya tak sangka mereka sanggup datang dan begitu ramai yang datang," tambah Siwon.
Berbicara mengenai iklan komersial LINE pula, Siwon memegang watak seorang teman lelaki yang sedang berhubung dengan teman wanitanya menerusi LINE. Ia berkisar tentang sepasang kekasih yang terpisah oleh jarak fizikal, namun hubungan mereka semakin rapat dengan menggunakan aplikasi tersebut.
LINE merupakan salah satu pembekal pekhidmatan mesej telefon bimbit mudah alih yang mengintegrasikan pelbagai fungsi dinamik dalam ‘Smartphone Life Platform’.
Untuk memberikan lebih banyak citarasa tempatan kepada perkhidmatannya, LINE juga telah mendapat sokongan dari selebriti terkenal di Malaysia melalui LINE Official Accounts yang akan membolehkan mereka berhubung secara langsung dengan peminat mereka. Antara selebriti terkenal tanah air yang telah memiliki LINE Official Account termasuk Zizan Razak (Raja Lawak), Danny One, Liyana Fizi, Isaac Dang, Chris Tong Bing Yu, Jane Ng dan Keqing.

cr : Gua.com.my
via : E.L.F Super Junior Sapphire Blue Indonesia

Comments

Popular posts from this blog

It’s You